Followers

Sunday, August 23, 2009

Kuih Berbuka Hari Pertama-Lepat Pisang

Syukur Alhamdulillah sampai juga hajat nak makan lepat pisang ni, lama dah dok teringin nak makan, tgk blog ummie, terliur pulak, last2 buat sendiri jer, sini mana nak dapat, x de orang nak buat, hari minggu pergi pasar cari pisang emas, rm1.50 sikat, biasanya rm1.00 jer, mahal la pulak kali ni, ade la dalam 15 biji terlebih suda, yang lucunya, saya ni tak pernah buat lepat, tak tahu mcm mana rupa lepat sebelum di rebus, bancuh punya bancuh dah jadi keras sedikit, nak kata tak ikut sukatan dah ikut tp lembik pula, hehehe nampak sgt x pandai masak yer...hehehe jom ler kita cuba..

bahan-bahan:
1. 10 biji pisang emas
2. 1 cawan tepung gandum
3. Sedikit kelapa parut yang dicampur dgn garam
4. 1/3 cawan gula
5. Sedikit garam

Cara Masak:
1. Lecek pisang dan gula sehingga hancur
2. Masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati
3. Letakkan di atas daun pisang yang telah di layur terlebih dahulu
4. Letakkan inti kelapa ditengah-tengahnya
5. Bungkus dengan melipat kedua-dua bahagian hujung daun pisang
6. Boleh la dikukus sedingga daun pisang nampak kekuningan iaitu selama 15-20 minit.

No comments: