Followers

Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa semua....dengarkan lagu ini bisa menggetarkan hati...dihening malam dan lirik yg indah Rintihan Ramadhan..



selamat berpuasa semua...Alhamdulillah pg ni kami pun dpt bersahur bersama keluarga walaupun simple kerana mungkin hari permulaan....lagu ni sgt sesuai utk yg berjaga malam..bersujud dan bertakafur kpd Allah yg maha Esa..marilah kita perbanyakkan amalan di bulan puasa ni..smg segala amalan kita diberkati Allah.....




semoga ramadhan kali ini dapat ku perbaiki kelemahan diri...

resepi makanan untuk minda kanak-kanak

Actually dh lama nk bgtau petua ni hehe...tp tersimpan je gambo ni dlm hp...skrg kebetulan suami membantu didapur...Alhamdulillah dpt suami yg baik hati...thanks my mr hubby.....jd leh le masukkan entry ni hehe....petua ni pun sy dpt dr rakan2 blogger gak..thanks ye kerana sudi kongsi resepi yg bagus utk anak2..credit utk http://darwishndarwisya.blogspot.com/..disini sy mohon copy resepi yg bagus dari beliau....nk komen kat blog beliau tp x boleh...mungkin ada masalah teknikal yg x dpt dielakkan....

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

kalau nk lebih detail boleh ke blog beliau...thanks kpd mama Darwisya....
bahan2 di atas sy beli kat mekah masa pergi umrah...

Saturday, July 30, 2011

kuih butir nangka


saje nk post resepi kuih butir nangka ni ...coz lama sgt nk update blog dapur mama ni sampai dah hilang peminat setia pembaca blog ni hehe...ade ker huhu...tu la malas sgt nk update...sebenarnya skrg ni tgh cari idea nk updates mcm2..nk ubah mcm2 spy cantik menarik tertarik kau memag da boom heheh........jom semak resepi kuih butir nangka yg x de nangka ni heeh.........

Bahan-bahan utk 10 ore


  • 4 cawan tepung beras pulut
  • sedikit air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan air daun pandan @ pewarna hijau atau mcm2 kaler pun boleh anak2 ske..

  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba
  • garam
  • daun pandan

Cara-cara

  1. mula-mula masukkan sedikit air ke dalam bekas, then sedikit air kapur makan bersama secubit garam serta pewarna dan kacau
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. kacau hingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. atas dapur panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan bentuk leper2.. bila masak ia akan timbul...
  5. kuih akan timbul bila dah masak.. terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. kuah pula...masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. dah masak boleh dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
  8. halba dan santan boleh ditmbah kalau nk byk kuah...
  9. boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama roti gardenia nyum....nyum sodap...try la..selamat mencuba ya...