Followers

Saturday, August 6, 2011

onde-onde @buah mulung


Alhamdulillah sampai jgk kat kg hari ni....lebih kurang 5.30 ptg...mak kat dapur tgh buat onde-onde ni nak hantar kat masjid mlm ni....Alhamdulillah rezeki lg..actually semua tahu buat kueh ni kan....

resepi onde-onde:

300 grm tepung pulut
2 ketul gula melakadipotong segiempat kecil2..
10helai daun pandan dikisar utk diambil airnya..
1/2 biji kelapa parut yg dibuang kulit arinya

tepung pulut dibancuh dgn air daun pandan yg dikisar td sedikit demi sedikit sehingga boleh digentel.bubuh gula melaka di tgh2 dan tutup semula , bentukkan bulat2.masukkan ke dalam air panas yg telah menggelegak...kuih yg timbul telah masak angkat dan golekkan di atas kelapa parut...siap dihidang...

Thursday, August 4, 2011

Bonus Raya 2 Bulan Gaji?




KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, CUEPACS sudah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua bulan lalu dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, CUEPACS beberapa kali membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas ia sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus – Bernama.

Butter Golden Churn disahkan TIDAK HALAL

Inilah rupanya butter golden churn....so sahabat2 berhati2 la kita semasa membeli belah di musim perayaan ini...mencari yg halal itu adalah wajib bg kita umat Islam kerana ia akan menjadi darah daging kita...semasa membeli belah semak dulu status halal yg disahkan oleh JAKIM dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa di media massa...jgnlah kita membeli atau makan sesuka hati tanpa menyelidik terlebih dahulu..kerana zaman serba moden ini byk perkara yg tersembunyi....smg Allah melindungi kita daripada benda2 yg haram...Insya-Allah..sama2 kita sebarkan...
Ini pengesahan daripada Majlis Islam Sarawak bahawa Golden churn mengandungi DNA babi...


Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor dalam MEMO mereka dah sahkan bahawa Butter daripada New Zealand dikesan terdapat DNA Babi, dan Butter itu ialah Golden Churn Creamery Butter.

MIngguan Wanita bumper raya hehe....

salam sahabat blogger.....bestnyer semalam balik skolah singgah kat petronas nak ambik duit..then terpandang isu bumper raya ni hehe...alamak....rm11.90 terbang huhu....tp disebabkan everyweek gak la bli mingguan ni so beli la jgk hehe....bestnya ada 150 resepi juadah raya dlm tu....yg penting majalah ni byk info utk wanita,kerjaya,kesihatan dsb...lelaki pun perlu baca jgk tau .....

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan terakhir..........

Sembahyang tiang agama


‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.
(Al-Maarij, ayat 19-23)

semoga ramadhan ini menambahkan amal ibadat kita....maafkanlah diri ini andainya Ramadhan ini adalah Ramadhan Terakhir....

Monday, August 1, 2011

ikan percik,ikan ketuka bakar cicah air asam,kerabu sarang,kerabu .ulam-ulaman,masak lemak daging,jeruk maman dan sambal cili..



salam kwn2 semua.....actually ini adalah kisah sebak...hari ni puasa pertama terpaksa gak berbuka puasa dlm kete...disebabkan jalan jem menuju ke sungai besi utk mengambil anak huhu..namun apakan daya ku terpaksa melangkah hehe....disebabkan kejeman telah berlaku maka berbuka la kami sepenuhnya di kedai makan hanya memesan nasi goreng USA,my hubby lak nasi goreng ayam n anak2 mee goreng...jam 8 sampai umah terus solat magrib...then tunggu isyak ,..kemudian kami berterawih sama-sama...Alhamdulillah sempurnalah puasa hari pertama...but ade kaitan ke ngan gambo ni apa kes hehe....sebenarnya ni adalah gambo masa berbuka puasa dgn family last year....mengamit kenangan rindu yg kian menghimpit di kg halaman ( pinjam kata2 kwn saye dlm fb dia hehe)...mak kalo masak berbuka puasa huhu mcm2...sedapnyer air tangan ibu tidak terkira...mak...rindunyer....mau balik kg jgk huhuhu...td call mak kat kg...semestinya ada kerabu sarang,kerabu mcm2 kerabu ade...ikan percik, ikan ketuka bakar...x tau la apa nama komersil ikan ni...cecah dgn air asam perghh....sedapnyer meleleh air liurku hehehe...

resepi ikan kembung percik mak:

Bahan2:
8 Ikan kembung
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
2 ulasBawang putih
1 btg Serai
3 hiris Lengkuas
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa


Cara2:
1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan Masukkan kesemua bahan kisar.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.