Followers

Wednesday, October 28, 2009

Kerabu Pucuk Beko

Pucuk beko...ore kelate panggil...nama saintifiknyer apa ntah...yg pasti makanan ni paling famos di kelantan...sedapnyer.....my mom yg bikin yuhuu...kalo buleh hari2 nk makan pucuk beko ni yg dibuat kerabu...

Bahan-bahan:

1.3 ulas bawang putih
2.4 ulas bawang merah
3.1 labu bawang besar
4.2 tangkai pucuk beko
5.kelapa muda yg diparut
6. Santan
7.Cili Merah
8. 3 ekor ikan rebus
9. sedikit lada hitam
10.Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Pucuk beko dibakar terlebih dahulu sehingga layu dan dipotong halus
2.Masukkan bawang putih dan bawang merah yg ditumbuk bersama lada hitam dan ikan rebus
3. Masukkan cili merah dan bawang besar dan gaul bersama
4. Masukkan garam dan sedikit santan
5. boleh dihidangkan ...

Udang Goreng Peria


hehhe ni bila nyer masak ntah...tu ler lama x update blog memandangkan kesibukan kerja...dgn keadaan diri yg x mengizinkan....hehehe....bulan ni pulak suami selalu outstation ke kota kinabalu, ke kuching, ke port dickson, ke keningau...byk tempat yg kene tuju...demi tugas...dan demi masa depan keluarga...saya kena redha..tinggallah kami berdua ni...dgn c kakak yg bercita2 nk jadiu doktor suatu hari nanti...kadang2 penat sgt...tp syukur Alhamdulillah...diberi kesihatan dan kebahagiaan yg berpanjangan....amin..peria ni kalo kena caranya..x pahit...jom ler tgk resepi

Bahan-bahan:
1. 2 biji peria direndam dgn air garam
2. sebiji telur
3.1/2 kilo udang
4. 3 ulas bawang putih
5. 3 ulas bawang merah
6.1/2 inci halia
7. 1 labu bawang besar
8. Garam

Cara masak:
1.Tumis bawang putih n bawang merah , halia yg telah dikisar hingga garing
2. masukkan bawang besar, cili merah
3. masukkan udang , telur dan peria
4. Kacau sedikit dan tunggu hingga masak
5. Kemudian masukkan garam

Bihun Bungkus Tawau..

Sedapnyer bihun goreng dibungkus dgn telur ....resepi ni ambik kat blog ummie rasanya..thanks umie...sedap jugak tukar2 resepi.......sebenarnya lama x masukkan resepi ni sebab laptop problem, kamera pun problem tu yg gambar blur jer......bihun ni sy ubah sikit guna resepi sendiri ...sy x suka letak bawang merah...letak bawang besar rasanya manis...kalo nk juga resepi leh la tgk sini..

Bahan-bahan mcm biasa jugak la..
1.3 ulas bwg putih
2.1 labu bawang besar
3. 1/2 kilo udang sederhana besar
3. sayur sawi
4.tomato
5.sos tomato
6.garam
7. Telur

Cara Masak:
1.Tumis bawang putih dan bawang besar yg telah dikisar
2. Masukkan udang
3.Masukkan telur
4.masukkan bihun yg telah direndam dgn air suam dan toskan
5.Masukkan sayur, buat tomato dan sos tomato serta garam
6. Gaul sehingga mesra dan
7.Gorengkan telur untuk bungkus bihun goreng td....
8.bungkus dan siap dihidangkan

Masakan Sabah....sempena sambutan raya Kolej

Buras...semuanya makanan paling popular di Sabah...diperbuat daripada beras, santan...dimasak dgn menggunakan daun pisang.. dan dikukus..sedapnyer...dimakan bersama lauk dibawah..resepi seterusnya saya x pandai sgt nanti kena tanya org tawau ni..
Ayam Goreng Pedas

Ayam masak liku....asalnya ayam masak lengkuas..

Saturday, October 17, 2009

Cerita Raya...huhuh


mmm baru leh masuk citer ni almaklum ler kerosakan yg berlaku x mengizinkan utk di posting...hehehe so citer ni kira dah basi la..hehehe...x pe la jadikan kenangan yg x bestnya tu time nak balik bertugas huhuhu sedihnya terpaksa tinggalkan kg halaman yg dirindui.....bila dah balik sini....rasanya..masih lg teringat2 suasana di kg...rindunya, ni nak cite pasal kat kg ari tu.. mak,ayah..adik2...jiran2..yuhuuuu..nasi berlauk...nasi kerabu....masa balik kg ari tu lama gak ambik cuti...saje nak lepaskan perasaan rindu yg hampir setahun x balik, sama jugak dgn suami...balik saja terus g umah suami d melor, mlm tu jugak nk jenguk mak n ayah kat kg sendiri....tp apakan daya jauh perjalanan kepenatan melanda..., keesokan harinya baru dpt balik ...rumah pun dah jauh berubah......ayah tetap cat warna kegemaran dia kuning berkilau....dari rumah kayu ke rumah batu...x ubah2 warnya cat yg dipilih...ni la rumah kami...syurga kami...syukur Alhamdulillah Allah kurniakn rezeki..dapatlah ayah besarkan rumah d kg. Rumah ni dekat umah nenek, kiri kanan jiran semuanya dekat, ada 5 bilik , 3 bilik ada bilik air,ada 2 ruang dapur, dapur moden dan dapur kayu hehe...kat dapur ada 1 bilik air, ayah kata nak buat satu lg bilik utk anak bujang..heheh..maklum la 6 laki2, 5 pompuan...tu la ayahku...suka decorate sendiri...n sendiri bikin...arkitek la katakan...hehehe...mak pulak famos kat kg...mak x boleh dok diam ada saja keje yg dia nak buat.....kalo x buatkan demam la katanya...siangnya mengaji, malamnya pula ke masjid...maklum la anak2 dah besar tinggal adik2 yg masih bersekolah , siti mariana (baru-baru ni PMR, bersekolah di MARA kuala krai, Alhamdulillah adik yg pintar, percubaan pun bagus...semo dpt A...harap2 lepas result lepas ni semonya A1), Mohd Firdaus ( Sek, Men,Agama Melor, bakal ustaz ni mengaji pun sedap suaranya...percubaan SPM, Syukur Alhamdulillah dpt 9A1 katanya...exam ni nak score 13A1..Ya Allah berilah kejayaan kepada adik2ku ...smg mereka beroleh kejayaan dalam menduduki peperiksaan ini..amin.Ada sorang lg ni yg adik yg bongsu...mohd Nur Iman...(Sek.Men.Agama Melor jugak...nak ikut jejak abg dia Firdaus...yg ni pun boleh tahan...UPSR hari tu dpt 5A...Syukur Alhamdulillah...yg ni anak manja mak..x mau dok asrama terpaksa la ayah ulang alik ambik...warning yer next year sila masuk asrama huhhu....cu men..cu men gelaran yg diberi oleh anakkuc Nur Ain....dia suka sgt balik kg kwn ngan cu men dan cek do(adik suami) ni pun suka melayan ...maklum la Nur Ain tu cucu sulong sebelah sana.....ramaila suka melayan ...jom la layan gambo keluarga besar kami...syukur Alhamdulillah kesusahan waktu kecil dulu...kini dibayar dgn kebahagiaan yg tak terhingga.....semunya dan bekerja...dan..dan membawa halaun masing2 utk berjaya...Syukur padaMu Ya Allah tidak sia-sia ayah dan ibu yg mendidik...11 orang anak...(patut terima anugerah ni) kami bg anugerah la ayah dan ibu mithali...oo ya lupa...ayah pernah dpt anugerah ni kat SMKA sekolah Firdaus...bangganya Ayah masa tu....anak2 semuanya berjaya......Insya_Allah aku juga akan mendidik anak-anakku menjadi insan yg berguna dan beriman...amin...panjang lak citer kali ni..jom la layan gambar masa balik kg ari tu.......yg gambar kat bawah tu Nur Ain kat umah Tok Ma dia....

Garam oo Garam


mmm tak tahu dr mana nak mula, lama x update coz laptop baru je ambik dari kedai huhu...kena format balik, c kakak ain la asyik nak main je laptop mama..lama2 hang pastu x leh bukak langsung..sabo je la...patu tiba time nk post gambar, usb pulak buat hal....semua ni dugaan...kene lak beli baru...tu yg lama x posting gambar, minta maaf ye kwn2 blogger , x dapat nak nolong haha..today is 18 oktober 2009 wah cepatnya masa berlalu........kandungan pun dah masuk minggu ke 26 lebih kurang 6 bulan lebih...ni yang nak citer pasal garam ni coz last week check up kaki bengkak pulak...rupanya nurse kata x leh makan masin, sy pulak suka mkn nasi goreng ikan masin...tambah2 raya x pantang langsung...darah pula turun...risaunya....bila dah g check up mula la sedar diri heheehe...Syukur Alhamdulillah, kaki pun dah ok, rasa sihat sikit bila dah kurangkan garam dalam makanan...dan sentiasa menurut arahan doktor...baca paper pun ade citer pasal garam...so bila kita masak, sebaik-baiknya kurangkan penggunaan garam dan gunakan garam yang beriodin....

Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.

Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 - 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa.

Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.



Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, ia berfungsi menyeimbangkan cecair dalam tubuh.

Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat.

Dengan kata mudah, garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

Tetapi awas, terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.

Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.

Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

INFO: Tip kawal pengambilan garam

  • Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
  • Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
  • Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang
  • Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masing, udang kering, jeruk.

    Makanan tinggi garam
  • Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram - 1,000 hingga 5,000 miligram garam
  • Stok/kiub makanan - 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg
  • Sos salad seperti mayonis - lebih 1,000 mg
  • Makanan dalam tin - 500 hingga 1,500 mg.

    Makanan diawet :
  • Telur masin - 500 mg
  • Ikan masin - 1,500 mg
  • Buah-buahan jeruk (masin) - 1,000 mg
  • Udang kering - 4, 000 mg
  • Belacan - 1, 000 mg
  • Saturday, October 3, 2009

    Dapatkan handphone Al-Quran (MYIMAN)


    lamanyer x update blog sibuk beraya, ni nak citer balik raye baru2 ni, adik bawa balik hp ni, syukur Alhamdulillah saya pun beli satu, bagus sgt, bole pasang bila2 masa, dimana shj, boleh tgk terjemahan sekali.ada arah kiblat, ada panduan waktu solat, hp ni pun boleh guna 2 sim kad pada masa yg sama. Jika ade sesiapa berminat boleh la hubungi saya untuk maklumat lanjut. 017-6838826 atau emel anie_wardah@yahoo.com.

    Dapatkan handphone Al-Quran (MYIMAN)

    Ciri-ciri perisian;
    -bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani
    -28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris-doa khatam al-quran-tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris,
    Perancis)
    -11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu
    Majah dan lain-lain -waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-
    bandar utama luar negara
    Ciri-ciri telefon:
    -skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh
    -Bleutooth -mp3 dan mp4-FM radio -video player(3gp)
    -2 sim kad 2 band
    -stereo speaker
    -warranty 1 tahun
    -external sd card slot-camera 1.3 megapixel
    Accessories:-2 GB SD card-1 charger-1 battery-1 earphone-kompas-buku panduan
    Extra feature-games-unit converter-currency converter-world clock
    Terdapat dalam 2 jenis warna iaitu PUTIH dan HITAMHarga Seunit: RM 390.00 (SEMENANJUNG) RM420.00 (SABAH/SARAWAK)Bayaran Penghantaran Barang: PERCUMA
    UNTUK TEMPAHAN ATAU INGIN MENJADI EJEN SILA HUBUNGI :NO TEL: 012-3769576 (En.Nizam) @ 013-3187374 dan anie 017-6838826 (Sabah)atau emel saya anie_wardah@yahoo.com
    Pastikan alamat dan no hp yang betul untuk proses penghantaran. Email: mohd_nizam20@yahoo.com
    CARA-CARA BAYARAN:
    BAYARAN TERUS KE AKAUN Maybank : 151146580379 (Mohd Hairulnizam bin Wahab)BUKTI PENGHANTARAN
    PENGHANTARAN ADALAH MELALUI POS LAJU. ANDA BOLEH MENYEMAK STATUS BUNGKUSAN ANDA MELALUI TRACK ID POS LAJU YANG AKAN DIBERIKAN SEBAIK SAHAJA PENGHANTARAN DILAKUKAN.
    SEMAK MELALUI http://202.185.150.100/emstrack/
    DIBAWAH ADALAH BUKTI PENGHANTARAN YANG TELAH SAMPAI MELALUI POS LAJU