Followers

Saturday, July 6, 2013

Biskut raya 2013 paling sedap dan mendapat sambutan setiap tahun

biskut choc oat rm25.00 untuk 45-50 biji...free delivery utk kawasan putrajaya .puchong,serdang,seri kembangan,sungai besi dan kawasan2 yg terdekat..
 Snow Almond rm25 utk 45-50 biji.Sungguh sedap dan rasa coklat yg mewah,sentiasa mendapat tempat di musim perayaan.

 popia manis
 popia pedas
 red velvet rm25 utk 45-5- biji

 Biskut choc chip rm25.00 utk 45 hingga 50 biji

Berminat jom order biskut raya...tahun ni banyak terima tempahan biskut raya,oleh itu kamiadik beradik cuba penuhi permintaan mereka yg sentiasa order dari tahun2 berikutnya kerana kualiti yang bagus,rasa yang enak dan harga yang berpatutan..berminat boleh sms atau call 0199903531


SaMbAL GeSeK atau Tumbuk kletang kletung tung tung

Malam ni tetiba je teringin nak makan sambal ikan bilis tumbuk ni...hihi ade cerita best disebalik drama sambal ni cheewahh...bukan drama kat tv je yg best tau...sebenarnya aku isteri dia dan teduhan kasih yg baru je berakhir...hakikatnya aku pun x tgk cite2 kat tv ni tgk status kenkawan yg duk update tgh femes so ,bukannye x nak tgk tp x de masa nk ngadap tv tu,masa tuk ngadap dapur,ngadap anak2 yg manja,ngadap buku skolah,ngadap kain baju ,anak2 kecik ni yg hari2 kena ngadap ialah mop haha....hari2 mop ye biasa la anak2 yg penuh dgn kreativiti masing2...maka dgn itu sabo ye...sabo itu penting...biasa la bila dh mula blogging kan byk la benda nk cite ...berbalik kpd citer sambal ni td..masa tgh goreng bilis tu en hubby ingatkan nak buat sambal bilis...tetiba tgk sambal tumbuk heran gak dia hihi...maklumla suami peminat no 1 sambal bilis..esok2 mama buat ye..mlm ni mkn sambal tumbuk dulu ye...hehe...jom la semak apakebende bahan yg digunakan...

Bahan-bahanya ialah;
1.secawan ke atau segenggam ikan bilis yang digoreng garing
2.8 ulas bawang merah di mayang  atau bawang besar pun boleh
3.4 biji bawang putih di mayang
4. optional belacan dlm seinci( sy x letak sebab x suka mkn belacan)
5..cili padi hijau,merah potong kecik2 dan goreng
limau kasturi

cara-caranya:
1.goreng garing ikan bilis angkat
2.goreng bersama bawang n the geng...belacan,cili
3.kemudian tumbuk2 la semua bahan tu...
4.perah limau kasturi ...pergghh rasanya nyaman....
leh tambah tomato sesuka hati..

Tiramisu paling sempoi


Assalamualaikum....tiramisu ni dh lama aku buat tp resepinya x masuk2 kat blog ni...adohai...nape la susah benor nk update blog ye...update fesbuk cepat jer...sori ye kenkawan...ala tiramisu ni dh ramai yg tau buat kan..saje je aku update kat sini utk memenuhi ruang blogku yg semakin dilupakan oohh tidak...sememangnya ku mau update tp ...ade je alasan tu ye....ok jom la semak resepi mana tau kan yg ni senang je kan..kan..

Bahan-Bahan:
1.Biskut ladyfinger atau kek sponge pandan atau coklat, sy lebih suka kek coklat
2.cream cheese 250grm
3.250 ml whipping cream (sy guna jenama vivo)
4.serbuk koko (sy guna van hauten yg sedap)
5.1/2 cawan castor
6.Air bancuh nescafe tanpa gula
7. 1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya;
1.Campurkan cream cheese,whipping cream,esen vanilla,1/2 cawan gula kastor..putar pelahan dan semakin laju sehingga pekat
2.bancuh nescafe dan potong kek kpd 3 bahagian,atau lembabkan biskut ladyfinger dlm bancuhan air nescafe susun dlm bekas, lapis cream dan tapis serbuk koko diatasnya, lapis kek lg,creamn serbuk koko ulang mengikut kreativiti anda...mudah kan...cubala sedap sehingga ,......

Sunday, May 26, 2013

BISKUT RAYA 2013

Assalamualaikum kpd semua, smg anda dlm rahmat Allah selalu, berminat untuk membuat tempahan biskut raya boleh hubungi kami pada nombor telefon yang terdapat pada katalog aneka biskut raya 2013.kami juga bersedia untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengedar biskut raya dengan harga borong.Myluvbakery adalah produk keluaran bumiputera,halal, dijamin sedap dan berkualiti.

Saturday, May 25, 2013

tempahan biskut raya 2013

asslamualaikum...jom tempah biskut raya dgn kami...myluvbakery.blogspot.com..

Friday, April 5, 2013

SOTONG GORENG TEPUNG KRUK KRAP

ok Assalamualaikum...hehe...meh la jenguk blog cikgu yg x brapa nk jd blog ni haha...apa2 pun gigh gak la aku update tu pun masa hubby aku g pulau perhentian masa ni la..ok meh la nak cite resipi ni skit sedap sungguh sotong ni kruk krap ranggup...

bahan
sotong
1 biji telur
1 sk baking powder
sedikit garam
sedikit lada sulah

bahan tepung lak x perlu la campur air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung gandum
1 sudu serbuk kari

meh tgk caranya:
1.potong sotong tu kecik2 dulu ya..tos kan dan pastikan sotong tu dilap ngn tisu dapur..jgn pakai tisu biasa lak kan melekat sapa susah hang gak kan..
2.gaul sotong dgn garam dan lada sulah
3.pukul telur ..
4.gaul tepung campuran td dgn serbuk kari
5 ok ambik sotong mula2 celup telur yg dipukul td pastu celup tepung yg di campur2 td...
6.masukkan ke dalam kuali yg ade minyak panas ye,,masukkan satu2 sotong tu..jgn byk sgt nanti melekat..goreng kejap je 4-5 minit deep fry..goreng hingga warna kuning keemasan mcm emas berkilat tu cantik kan kalau dipandang makan pun sodap ..
petua disini..keringkan sotong tu supaya x meletup bila digoreng

JUS BARLI

Assalamualaikum...weh bila la aku nk bersih blog aku ni dh berkurun lama weh....sorrry sgt...bukan x nak update t my tab tu aku cuba update x leh nk upload gambo...x reti camne x masuk2 gambo...dah satu lg penangan fesbuk gak la...asyik upload kat fesbuk je...update fesbuk tu leh kata 4 5 6 kali sehari...mmm..ok la tgk gambo kat atas tu hehe...musim2 panas ni ramai tercari2 cara nk kurangkan panas badan...meh sini nk cerita...pada zaman dahulu kala ehehe..apa merepek ni pulak...mmm ok..sebenornya masa ni anak yg kecik tu panas badan so tercari carilah camne nk kurangkan panas badan ..tanya pakcik gugel gak la.dia carikan ade yg buat camni..maaf lupa nama blog tu..sebab blog tu dlm tab..skrg ni guna laptop...walau apa  pun thanks kerana sudi berkongsi resepi yg sgt berguna ini...sy share pulak kat sini ya...
PETUA MENYEJUKKAN BADAN...sesuai dgn musim panas sekarang ni...BARLI,BUAH KUNDUR DAN GULA BATU....adalah merupakan bahan penyejuk badan...Rasululllah S.A.W pernah memberi sup barli kepada org demam...antara khasiat barli..• mencegah / mengurangkan risiko Sembelit
• Mengurangkan kadar kolesterol
• Mencegah kanser
• Mengurangkan risiko kencing manis
• Menyejukkan badan
• Memelihara buah pinggang
• Melawaskan kencing
• membantu melancarkan penghadaman
manakala BUAH KUNDUR khasiatnya:
Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan. Daunnya digunakan sebagai ubat pupuk . Buah kundur juga boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea dan sawan

Bahan
1 CAWAN BARLI (kat dlm gambar tu separuh plastik sy buat)
3-4 KETUL GULA BATU
5-6 KETUL KUNDUR MANIS
AIR SATU PERIUK ...terpulang nak byk mana
1.REBUS BARLI SELAMA 1 JAM...
2.MASUKKAN KUNDUR DAN GULA BATU
3.angkat dan PERAH LIMAU KASTURI ATAU LEMON UNTUK MENAMBAHKAN KESEGARAN JUS..
CUBALAH ANDA AKAN RASA SEJUK DAN SELESA SEPANJANG HARI..smg bermanfaat.sesuai utk kanak-kanak

Wednesday, February 6, 2013

assalamualaikum,, sori sgt la malas nk update...bukannye apa, supermom mcm kat luar sana gak la..masa x mengizinkan..lgpun x reti sgt nk tulis kat sini walaupun i ni cikgu bm..tp bila nak tulis terkial_kial haha, baru nk berjinak2 blogging..nk c8ter apa ya..masak..mmm pg ni sgt malas jugak masak coz badan penat sgt tp gagahkn diri gak la masak..layan je gambar2 ni dulu..