Followers

Saturday, October 17, 2009

Garam oo Garam


mmm tak tahu dr mana nak mula, lama x update coz laptop baru je ambik dari kedai huhu...kena format balik, c kakak ain la asyik nak main je laptop mama..lama2 hang pastu x leh bukak langsung..sabo je la...patu tiba time nk post gambar, usb pulak buat hal....semua ni dugaan...kene lak beli baru...tu yg lama x posting gambar, minta maaf ye kwn2 blogger , x dapat nak nolong haha..today is 18 oktober 2009 wah cepatnya masa berlalu........kandungan pun dah masuk minggu ke 26 lebih kurang 6 bulan lebih...ni yang nak citer pasal garam ni coz last week check up kaki bengkak pulak...rupanya nurse kata x leh makan masin, sy pulak suka mkn nasi goreng ikan masin...tambah2 raya x pantang langsung...darah pula turun...risaunya....bila dah g check up mula la sedar diri heheehe...Syukur Alhamdulillah, kaki pun dah ok, rasa sihat sikit bila dah kurangkan garam dalam makanan...dan sentiasa menurut arahan doktor...baca paper pun ade citer pasal garam...so bila kita masak, sebaik-baiknya kurangkan penggunaan garam dan gunakan garam yang beriodin....

Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.

Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 - 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa.

Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.



Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, ia berfungsi menyeimbangkan cecair dalam tubuh.

Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat.

Dengan kata mudah, garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

Tetapi awas, terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.

Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.

Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

INFO: Tip kawal pengambilan garam

  • Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
  • Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
  • Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang
  • Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masing, udang kering, jeruk.

    Makanan tinggi garam
  • Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram - 1,000 hingga 5,000 miligram garam
  • Stok/kiub makanan - 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg
  • Sos salad seperti mayonis - lebih 1,000 mg
  • Makanan dalam tin - 500 hingga 1,500 mg.

    Makanan diawet :
  • Telur masin - 500 mg
  • Ikan masin - 1,500 mg
  • Buah-buahan jeruk (masin) - 1,000 mg
  • Udang kering - 4, 000 mg
  • Belacan - 1, 000 mg
  • Saturday, October 3, 2009

    Dapatkan handphone Al-Quran (MYIMAN)


    lamanyer x update blog sibuk beraya, ni nak citer balik raye baru2 ni, adik bawa balik hp ni, syukur Alhamdulillah saya pun beli satu, bagus sgt, bole pasang bila2 masa, dimana shj, boleh tgk terjemahan sekali.ada arah kiblat, ada panduan waktu solat, hp ni pun boleh guna 2 sim kad pada masa yg sama. Jika ade sesiapa berminat boleh la hubungi saya untuk maklumat lanjut. 017-6838826 atau emel anie_wardah@yahoo.com.

    Dapatkan handphone Al-Quran (MYIMAN)

    Ciri-ciri perisian;
    -bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani
    -28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris-doa khatam al-quran-tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris,
    Perancis)
    -11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu
    Majah dan lain-lain -waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-
    bandar utama luar negara
    Ciri-ciri telefon:
    -skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh
    -Bleutooth -mp3 dan mp4-FM radio -video player(3gp)
    -2 sim kad 2 band
    -stereo speaker
    -warranty 1 tahun
    -external sd card slot-camera 1.3 megapixel
    Accessories:-2 GB SD card-1 charger-1 battery-1 earphone-kompas-buku panduan
    Extra feature-games-unit converter-currency converter-world clock
    Terdapat dalam 2 jenis warna iaitu PUTIH dan HITAMHarga Seunit: RM 390.00 (SEMENANJUNG) RM420.00 (SABAH/SARAWAK)Bayaran Penghantaran Barang: PERCUMA
    UNTUK TEMPAHAN ATAU INGIN MENJADI EJEN SILA HUBUNGI :NO TEL: 012-3769576 (En.Nizam) @ 013-3187374 dan anie 017-6838826 (Sabah)atau emel saya anie_wardah@yahoo.com
    Pastikan alamat dan no hp yang betul untuk proses penghantaran. Email: mohd_nizam20@yahoo.com
    CARA-CARA BAYARAN:
    BAYARAN TERUS KE AKAUN Maybank : 151146580379 (Mohd Hairulnizam bin Wahab)BUKTI PENGHANTARAN
    PENGHANTARAN ADALAH MELALUI POS LAJU. ANDA BOLEH MENYEMAK STATUS BUNGKUSAN ANDA MELALUI TRACK ID POS LAJU YANG AKAN DIBERIKAN SEBAIK SAHAJA PENGHANTARAN DILAKUKAN.
    SEMAK MELALUI http://202.185.150.100/emstrack/
    DIBAWAH ADALAH BUKTI PENGHANTARAN YANG TELAH SAMPAI MELALUI POS LAJU

    Thursday, September 3, 2009

    Jualan Musim Perayaan di Tawau.....meriahnyer..

    ni la sebahagian daripada butang baju yg dibeli utk sedara mara kat kg tu...........nasib ler murah jer kat sini boleh la buat ole-ole utk dorang.


    ni tempat kami selalu shopping selain estern plaza, giant, dan milimewa..ni salah satu tempat gak la..parkwell, ade mcm2 kat sini....tempat ain main pun ade gak...



    masa ni peniaga ambil kesempatan buka kedai2 jual mcm2, mase ni jalan lum sibuk lg..

    wah meriahnyer....kat bandar Tawau ni, tp x la semeriah di kl nun, lg la byk kedai2, teringat lak masa lum kawin dulu, keje kat kementerian kerja Raya, hari2 kuar p jalan TAR bukannya nk menyopin pun, nak cuci mate jer...masa tu x de lak mcm2 penyakit2 timbul, bebas je nak jenjalan, ade benda yg berkenan, murah beli ler, walaupun masa tu gaji kocik aje...tp seronok brg murah2 kat kl tu, selalu kuar ngan housemate sampai mlm, sakit kaki pun jalan juga pastu mkn kfc naik tren balik kat umah sewa....bestkan...bila la boleh g kl lg...ni mase g bandar hari Ahad last week..teringin gak nak shopping just beli butang baju melayu utk tuk cek,tuk wan,pakcik,ayah sue, abe din, adik beradik lelaki kat umah tu yang ade 6 orang..tu..adik beradik lelaki hubby lak yg ade 3 orang lagi kat umah tu...kelauarga besar kena la beli byk hehhe, but kamu puas hati dapat bawa balik sesuatu utk dorang, utk mak2 pulak lum shopping lagik ingat tis week baru nak g tgk...kain batik ker, gelang kristal ka, sini byk la...hehehe..rasenyer cukup la dulu story pasal jualan musim rayer di tawau, sabah.













    Monday, August 31, 2009

    Dalca kelate buleh la bah..

    my hubby cakap, yang teringin nyer nak makan dalca, apa kata hari ni masak dalca mcm kat kg .kalo kat kg ni, waktu kenduri mesti ada dalca ni, kalo x pun mak buat sedap nyer air tangan mak...semalam jam 10 g pasar terus call mak apa nk masuk dalam dalca ni,...rupanya ade rempah dalca ....susahnya nak cari kat sini, tak tahu dalca ni panggil apa, tp yg pasti x da pulak masakan ni kat sini heheehe....last2 letak rempah kari pun ok gak...jom layan resepi.

    Bahan-bahan:
    1. Daging 1/2 kilo
    2. sayur sampur(terung bulat atau panjang pun boleh,bendi,carrot,baby corn,kacang panjang)
    3. 3 ulas bawang merah-dikisar
    4. 2 ulas bawang putih-dikisar
    5. 1 bungkus rempah kari daging adabi yg kecik
    6. 1 cawan kacang dhal
    7. 2 biji tomato
    8. 1 cawan air asam jawa
    9. 2 cm halia-dikisar
    10. santan 4 cawan
    11.1 sudu minyak sapi dan sedikit minyak masak utk menumis
    12. garam secukup rasa

    13. 2 biji kentang

    cara masak:
    1. Potong daging nipis2 dan toskan
    2. potong sayur-sayuran
    3. tumiskan bahan yg dikisar dgn minya sapi dan minyak masak
    4. Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit santan
    5.Masukkan daging ,kentang dan santan,reneh hingga daging empuk
    6.Masukkan kacang dhal dan sayur-sayuran
    7.Masak hingga terbit minyak
    8.Siap utk dihidang

    Nasi Kerabu Daging Bakar fulamak puas hati sendiri bikin

    mmm ni menu hari Ahadni, ha ni la nasi kerabu daging bakar yg anie bikin, puas hati cukup rasa, daging bakar pun sedap heheehe, tahun ni saje dah byk kali buat nasi kerabu hehehe...nak resepi kena klik kat resepi nasi kerabu...daging bakar tu senang jer perab daging dengan garam, kunyit,lada hitam,sedikit perasa cukup rasa,halia n bawang putih then bakar atas dapur je....sedap

    Friday, August 28, 2009

    Masak Lemak Ikan Tongkol

    Hehehe ni gara-gara teringin nak makan nasi berlauk pagi kat kampung la ni, apa lagi pg2 call mak kat kg minta resepi... ade gak jenguk dapur akak tgk menu dia mkn nasi berlauk sedap nyer...thanks akak..ni kalo kat kg ni pg2 jam 6.30 dah pesan kat mak tlg belikan nasi berlauk ikan masak lemak ni 2 bungkus, nasi kerabu 2 bungkus, kalo ade adik beradik lain byk bungkus ler dipesan x yah masak beli jer sedap,murah dan senang heehehe...kalo kat kg rm1.00 sebungkus...murah kan, kalo kat sini susah gak nak cari coz sini pg2 nasi kuning byk..x pe bisa di atur tu...buka pose ari ni i masak jer, jom layan resepi ni...

    Bahan-bahan:
    1. 5 ekor ikan tongkol-direbus terlebih dahulu bersama asam keping, garam dan lengkuas .
    2. 1 inci lengkuas-dikisar
    3. 5 tangkai cili kering-dikisar
    4. Bawang merah 3 ulas-dikisar
    5. Bawang putih 2 ulas-dikisar
    6. 1/2 inci kunyit hidup-dikisar
    7. 1/2 biji santan kelapa
    8. 1 keping asam keping
    9. boleh tambah sayur kacang atau timun batang
    10. Sedikit garam dan gula

    Cara Masaknya:
    1. Renehkan santan pekat di atas api yang sederhana
    2. Kemudian masukkan bahan2 yg dikisar
    3. Tunggu sehingga pecah minyak masukkan asam keping dan sayur kacang @ timun batang
    4. Masukkan ikan yg direbus td
    5. Masukkan sedikit garam dan gula jika suka....
    6. boleh juga masukkan cili merah..
    7. Sedap dimakan bersama nasi putih utk sarapan pg ....cuba la...

    Wednesday, August 26, 2009

    Sambal Ayam


    Ni menu hari kedua sebenarnya, lambat posting coz tenet slow sgt x leh nak upload gambar, sambal ayam ni sebenarnya sedap kalo ditambah dengan jantung pisang disebabkan tak jumpa jantung maka sedap jugakla jika ditambah dgn kacang panjang, nampak mcm kari ayam kan, tp saya buat kering jadi la sambal ayam..
    Bahan-bahan:
    1. Potong ayam kecil-kecil
    2. kacang panjang(saya guna kacang pis coz x de kacang panjang)
    3. rempah kari ayam adabi
    4. Bawang putih 2 ulas-dikisar
    5. Bawang merah 2 ulas-dikisar
    6. 1 Inci halia-dikisar
    7. bahan2 rempah(kulit kayu manis dan lain2)
    8.kentang
    9.1 cawan santan pekat
    Cara masak:
    tumis bahan2 rempah bersama bahan yg dikisar sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit santan pekat, tumis hingga pecah minyak, then masukkan ayam hingga ayam masak, then masukkan kentang and kacang panjang, tggu hingga kentang empuk, siap dihidangkan.