Followers

Saturday, October 17, 2009

Garam oo Garam


mmm tak tahu dr mana nak mula, lama x update coz laptop baru je ambik dari kedai huhu...kena format balik, c kakak ain la asyik nak main je laptop mama..lama2 hang pastu x leh bukak langsung..sabo je la...patu tiba time nk post gambar, usb pulak buat hal....semua ni dugaan...kene lak beli baru...tu yg lama x posting gambar, minta maaf ye kwn2 blogger , x dapat nak nolong haha..today is 18 oktober 2009 wah cepatnya masa berlalu........kandungan pun dah masuk minggu ke 26 lebih kurang 6 bulan lebih...ni yang nak citer pasal garam ni coz last week check up kaki bengkak pulak...rupanya nurse kata x leh makan masin, sy pulak suka mkn nasi goreng ikan masin...tambah2 raya x pantang langsung...darah pula turun...risaunya....bila dah g check up mula la sedar diri heheehe...Syukur Alhamdulillah, kaki pun dah ok, rasa sihat sikit bila dah kurangkan garam dalam makanan...dan sentiasa menurut arahan doktor...baca paper pun ade citer pasal garam...so bila kita masak, sebaik-baiknya kurangkan penggunaan garam dan gunakan garam yang beriodin....

Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.

Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 - 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa.

Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.



Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, ia berfungsi menyeimbangkan cecair dalam tubuh.

Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat.

Dengan kata mudah, garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

Tetapi awas, terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.

Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.

Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

INFO: Tip kawal pengambilan garam

  • Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
  • Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
  • Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger , kekacang
  • Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masing, udang kering, jeruk.

    Makanan tinggi garam
  • Sos berperisa seperti kicap, sos cili/tomato dan sos tiram - 1,000 hingga 5,000 miligram garam
  • Stok/kiub makanan - 3,000 mg garam. Setiap kiub 700 mg
  • Sos salad seperti mayonis - lebih 1,000 mg
  • Makanan dalam tin - 500 hingga 1,500 mg.

    Makanan diawet :
  • Telur masin - 500 mg
  • Ikan masin - 1,500 mg
  • Buah-buahan jeruk (masin) - 1,000 mg
  • Udang kering - 4, 000 mg
  • Belacan - 1, 000 mg
  • No comments: