Bahan-bahan (ari tu buah 2 periuk lekrik, so kena tambah la bahan2nya)
- 4 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
- 1 1/2 tin kecil minyak sapi (ghee)
- 2 tin susu sejat (susu cair pun ok)
- 4 biji bawang besar, dihiris halus
- 10 ulas bawang merah*
- 10 ulas bawang putih*
- 3 inci halia*(*dikisar halus)
- 3 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
- Segenggam daun ketumbar
- Segenggam bawang goreng (saya x letak bawang goreng coz x sempat nk goreng, yg kat kedai sini x sedap)
- 1/2 cawan gajus(x letak jugak)
- 1 cawan kismia
- 2 kiub ayam maggi
- Garam secukup rasa
- Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)
Cara-cara
- Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
- Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
- Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
- Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi . Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.(saya guna garpu)
- Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.
No comments:
Post a Comment