Followers

Monday, October 31, 2011

Puding Roti Pelangi


salam sayang semua....sebenarnya x de masa nk update blog ni ...curi2 masa je ni bila anak2 dh tido..Alhamdulillah dpt gaktukar address blog..http://www.resepicikguanie.blogspot.com/..saje tukar angin...heh..ok hari ni ajak anak2 main masak2 kat dapur..kakak ain seronok sgt bila masak puding ni ..kakak ain byk tlg mama beli bahan2 utk buat puding ni kat umah nenek sebelah..kakak ain gak yg campurkan warna2 ni...dia ckp pandainya mama buat...hehe kakak pun pandai..bila kita masak ajaklah anak perempuan ke dapur..x rugi..nanti dia akan pandai dan byk berfikir...ok sblm tu mlm td sibuk atuk ngan ayah tgk bola so aku godek2 la dapur org..terjumpa resepi ni..tgk menarik je...http://yatiememories.blogspot.com/2010/05/puding-roti-pelangi_04.html..semak kat sini resepi asal yer...yg ni sy dh ubah mengikut bekalan bahan yg ada je hehe...sy kongsi resepi ni kat sini ye...

Bahan2:
4 keping roti (sy guna roti bun yg manis tu)
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair ( sy guna 1 cawan susu cair)
1/2 cawan gula (sy tambah gula sebab guna agar2 kering 1 plastik panjang tu)
3 1/2 cawan air ( sy tambah air jd 4 cawan coz agar2 tu di tambah 1 plastik)
2 sd besar butter/ majerin yg dicairkan(sy x cairkan pun hehe nk cepat)
pewarna kuning,hijau dan merah

cara-caranya:
didihkan 3 cawan air,agar dan gula ke dlm periuk
blend roti,telur,susu pekat,susu cair dan 1/2 air yg disukat utk didhkn agar2 td...blend then masuk dlm periuk agar yg tgh didih
masukkan butter atau majerin dan kacau rata
bahagikan kpd 3 bahagian, kuning,hijau dan merah dlm mangkuk yg berlainan
tuangkan ke dlm loyang secara berselang seli..dgn menggunakan senduk..sejukkan

Wednesday, October 26, 2011

cucur bilis simple dgn sos MH MOHD

ni pun nk masuk blog huhu...saje je nksimpan resepi ni utk anak2 hehe..

bahan2...
1. 2 cawan tepung gandum
2. segenggam ikan bilis
3. 1 biji bawang besar
4. 3 biji cili kering-blend dulu yer
5. beberapa helai daun saleri dan daun bawang (daun sup)
6. sedikit garam

cara-caranya:
campur kesemuanya ke dalam air masak..gunakan 2 sudu utk bentukkan cucur then goreng hingga masak...senangkan

trifle



first time wat trifle..not bad...but deco kene blajar lg la..tgk kat google wow marvelaous...semua deco menarik.....kat sini resepi nak wat trfile ygmudah,sedap dan menarik yer..

bahan:
1. 1 tin susu cair
2. 1 sudu besar gula
3. 4 sudu besar tepung kastard
4. 1 mangkuk air@ 400ml air masak utk dicampur dgn tepung kastard
5. 1/2 biji kek gulung sederhana saiz
6. 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buah
7. 1 paket agar2 jeli kristal nona
8. 1 mangkuk air panas @ 400ml _utk dibancuh dgn kristal nona

Cara-caranya:
1. panaskan susu cair dgn gula- kecilkan api
2. bancuh tepung kastard dgn semangkuk air masak sejuk, masukkan bancuhan td kedalam susu cair yg sedang mendidih masak hingga betul2 kastard pekat, tutup api.
3. susunkan kek gugungdlm bekas berasingan kemudian basahkan dgn air buah
4. Masukkan buah dlm tin hingga habis
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan td
6. untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas kacau hingga sebati
7. Akhir sekali tuangkan jeli tersebut diatas kastard dan sejukkan...bila sejuk baru hidang...

mudahkan..ni resepi utk yg baru blajar je..yg dh mahir macam2 leh wat trifle ni nk letak fresh cream ke atau fresh fruit..biskut ke..mcm boleh...sedap sgt..

Saturday, August 6, 2011

onde-onde @buah mulung


Alhamdulillah sampai jgk kat kg hari ni....lebih kurang 5.30 ptg...mak kat dapur tgh buat onde-onde ni nak hantar kat masjid mlm ni....Alhamdulillah rezeki lg..actually semua tahu buat kueh ni kan....

resepi onde-onde:

300 grm tepung pulut
2 ketul gula melakadipotong segiempat kecil2..
10helai daun pandan dikisar utk diambil airnya..
1/2 biji kelapa parut yg dibuang kulit arinya

tepung pulut dibancuh dgn air daun pandan yg dikisar td sedikit demi sedikit sehingga boleh digentel.bubuh gula melaka di tgh2 dan tutup semula , bentukkan bulat2.masukkan ke dalam air panas yg telah menggelegak...kuih yg timbul telah masak angkat dan golekkan di atas kelapa parut...siap dihidang...

Thursday, August 4, 2011

Bonus Raya 2 Bulan Gaji?




KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, CUEPACS sudah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua bulan lalu dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, CUEPACS beberapa kali membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas ia sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus – Bernama.

Butter Golden Churn disahkan TIDAK HALAL

Inilah rupanya butter golden churn....so sahabat2 berhati2 la kita semasa membeli belah di musim perayaan ini...mencari yg halal itu adalah wajib bg kita umat Islam kerana ia akan menjadi darah daging kita...semasa membeli belah semak dulu status halal yg disahkan oleh JAKIM dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa di media massa...jgnlah kita membeli atau makan sesuka hati tanpa menyelidik terlebih dahulu..kerana zaman serba moden ini byk perkara yg tersembunyi....smg Allah melindungi kita daripada benda2 yg haram...Insya-Allah..sama2 kita sebarkan...
Ini pengesahan daripada Majlis Islam Sarawak bahawa Golden churn mengandungi DNA babi...


Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor dalam MEMO mereka dah sahkan bahawa Butter daripada New Zealand dikesan terdapat DNA Babi, dan Butter itu ialah Golden Churn Creamery Butter.

MIngguan Wanita bumper raya hehe....

salam sahabat blogger.....bestnyer semalam balik skolah singgah kat petronas nak ambik duit..then terpandang isu bumper raya ni hehe...alamak....rm11.90 terbang huhu....tp disebabkan everyweek gak la bli mingguan ni so beli la jgk hehe....bestnya ada 150 resepi juadah raya dlm tu....yg penting majalah ni byk info utk wanita,kerjaya,kesihatan dsb...lelaki pun perlu baca jgk tau .....

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan terakhir..........

Sembahyang tiang agama


‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.
(Al-Maarij, ayat 19-23)

semoga ramadhan ini menambahkan amal ibadat kita....maafkanlah diri ini andainya Ramadhan ini adalah Ramadhan Terakhir....