Followers

Thursday, August 4, 2011

Bonus Raya 2 Bulan Gaji?




KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, CUEPACS sudah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua bulan lalu dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, CUEPACS beberapa kali membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas ia sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus – Bernama.

No comments: