Followers

Monday, August 1, 2011

ikan percik,ikan ketuka bakar cicah air asam,kerabu sarang,kerabu .ulam-ulaman,masak lemak daging,jeruk maman dan sambal cili..



salam kwn2 semua.....actually ini adalah kisah sebak...hari ni puasa pertama terpaksa gak berbuka puasa dlm kete...disebabkan jalan jem menuju ke sungai besi utk mengambil anak huhu..namun apakan daya ku terpaksa melangkah hehe....disebabkan kejeman telah berlaku maka berbuka la kami sepenuhnya di kedai makan hanya memesan nasi goreng USA,my hubby lak nasi goreng ayam n anak2 mee goreng...jam 8 sampai umah terus solat magrib...then tunggu isyak ,..kemudian kami berterawih sama-sama...Alhamdulillah sempurnalah puasa hari pertama...but ade kaitan ke ngan gambo ni apa kes hehe....sebenarnya ni adalah gambo masa berbuka puasa dgn family last year....mengamit kenangan rindu yg kian menghimpit di kg halaman ( pinjam kata2 kwn saye dlm fb dia hehe)...mak kalo masak berbuka puasa huhu mcm2...sedapnyer air tangan ibu tidak terkira...mak...rindunyer....mau balik kg jgk huhuhu...td call mak kat kg...semestinya ada kerabu sarang,kerabu mcm2 kerabu ade...ikan percik, ikan ketuka bakar...x tau la apa nama komersil ikan ni...cecah dgn air asam perghh....sedapnyer meleleh air liurku hehehe...

resepi ikan kembung percik mak:

Bahan2:
8 Ikan kembung
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
2 ulasBawang putih
1 btg Serai
3 hiris Lengkuas
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa


Cara2:
1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan Masukkan kesemua bahan kisar.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.



Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa semua....dengarkan lagu ini bisa menggetarkan hati...dihening malam dan lirik yg indah Rintihan Ramadhan..



selamat berpuasa semua...Alhamdulillah pg ni kami pun dpt bersahur bersama keluarga walaupun simple kerana mungkin hari permulaan....lagu ni sgt sesuai utk yg berjaga malam..bersujud dan bertakafur kpd Allah yg maha Esa..marilah kita perbanyakkan amalan di bulan puasa ni..smg segala amalan kita diberkati Allah.....




semoga ramadhan kali ini dapat ku perbaiki kelemahan diri...

resepi makanan untuk minda kanak-kanak

Actually dh lama nk bgtau petua ni hehe...tp tersimpan je gambo ni dlm hp...skrg kebetulan suami membantu didapur...Alhamdulillah dpt suami yg baik hati...thanks my mr hubby.....jd leh le masukkan entry ni hehe....petua ni pun sy dpt dr rakan2 blogger gak..thanks ye kerana sudi kongsi resepi yg bagus utk anak2..credit utk http://darwishndarwisya.blogspot.com/..disini sy mohon copy resepi yg bagus dari beliau....nk komen kat blog beliau tp x boleh...mungkin ada masalah teknikal yg x dpt dielakkan....

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

kalau nk lebih detail boleh ke blog beliau...thanks kpd mama Darwisya....
bahan2 di atas sy beli kat mekah masa pergi umrah...

Saturday, July 30, 2011

kuih butir nangka


saje nk post resepi kuih butir nangka ni ...coz lama sgt nk update blog dapur mama ni sampai dah hilang peminat setia pembaca blog ni hehe...ade ker huhu...tu la malas sgt nk update...sebenarnya skrg ni tgh cari idea nk updates mcm2..nk ubah mcm2 spy cantik menarik tertarik kau memag da boom heheh........jom semak resepi kuih butir nangka yg x de nangka ni heeh.........

Bahan-bahan utk 10 ore


  • 4 cawan tepung beras pulut
  • sedikit air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam dan air daun pandan @ pewarna hijau atau mcm2 kaler pun boleh anak2 ske..

  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba
  • garam
  • daun pandan

Cara-cara

  1. mula-mula masukkan sedikit air ke dalam bekas, then sedikit air kapur makan bersama secubit garam serta pewarna dan kacau
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. kacau hingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. atas dapur panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan bentuk leper2.. bila masak ia akan timbul...
  5. kuih akan timbul bila dah masak.. terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. kuah pula...masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. dah masak boleh dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
  8. halba dan santan boleh ditmbah kalau nk byk kuah...
  9. boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama roti gardenia nyum....nyum sodap...try la..selamat mencuba ya...

Wednesday, June 15, 2011

Catatan menunaikan Umrah bersama keluarga...

Assalamualaikum wbt..kwn2 blogger...lama sgt x berblog...lgpun blog ni memang x glamer pun sebab..suka ati jer tuan umah nk tulis ke tak..tuan umah pun malas sgt hehe...bukannye malas tp kdg2 ade masa nk tulis kdg2 boring la...asyik jd silent reader je blog kwn2 kat sini....hehe..k jom sambung citer...Alhamdulillah cuti skolah yg lepas 25 mei hingga 5 jun 2011...kami selamat pergi dan balik menunaikan umrah bersama keluarga ...Alhamdulillah Allah bg kekuatan pd saya yg ketika ni 6 bulan mengandungkan anak yg ke-3,cepat kan dh no.3 baru tahun lepas anak ke-2 hehe...nak kejar umur yg dah tua ni sebenarnya hehe...rezeki jgn di tolak....k sambung citer...saya sempat menunaikan umrah sebanyak 3 kali..Alhamdulillah syukur sgt2,seronok dpt lihat kaabah...dapat beramal dan beribadah di sana...disini ade sedikit catatan perjalanan umrah kami:
25/5/2011- bertolak pd jam 3 ptg dari KLIA to JEDDAH menaiki MAS selama 8 jam perjalanan.
26/5/2011- tiba di JEDDAH kul 12 mlm...terus ke KOTA MADINAH menaiki bas selama 8 Jam
menunaikan solat di MASJID NABAWI...Alhamdulillah dpt solat di Raudhah
27/5/2011- Ziarah ke BUKIT UHUD melihat makan para syuhada...hati ini begitu sayu dan
bangga dgn para syuhada ini...
28/5/2011-Ziarah di KOTA MADINAH
29/5/2011-Berniat di MIQAT utk ke MASJIDILHARAM bg menunaikan UMRAH...bertolak
dari KOTA MADINAH pd jam 6 ptg...berniat ihram di MIQAT..menunaikan solat
magrib dan Isyak di MASJIDILHARAM bersama rombongan AL_QUDS dan terus
melakukan TAWAF serta SAI'E...masa ni bawa kakak Ain Solat,tawaf dan Sai'e
sekali...Alhamdulillah selesai pd jam 2 mlm...rehat sekejap di MASJIDILHARAM
sementara menunggu solat subuh..
30/5/2011-Ziarah ke ARAFAH,MUZDALIFAH,MINA,JABBAL NUR, JABBAL THUR dimana
tempat bermulanya Hijrah sampai ke kota Madinah, dan MASJID QUBA.
pertama kami ke JABBAL NUR iaitu tempat nabi Muhammad menerima wahyu
pertama di Gua Hira'..kami hanya lihat dari jauh...kedua...kami ke JABBAR
RAHMAH dimana tempat bertemunya ADAM dan HAWA..
1/6/2011- kami ke ladang unta melalui sebuah tempat yg di panggil KAKKIAH iaitu tempat
penternakan kambing2...seterusnya ke MASJID HUDAIBIYYAH tempat NABI
MUHAMMAD S.A.W bermimpi memakai pakaian Ihram...ade masjid runtuh
disinilah tempat NABI berbai'ah di bawah pokok semasa perjanjian Hudaibiyyah..
2/6/2011-TANA'EM utk berniat ihram ...
3/6/2011-TANA'EM utk berniat ihram
4/6/2011-melakukan TAWAF WIDA' iaitu tawaf selamat pulang...selepas solat zohor...dan
meneruskan perjalanan ke JEDDAH utk menaiki kapal terbang pada jam 11 malam
dan perjalanan selama 8 jam...solat subuh di atas kapal terbang MAS
5/6/2011-tiba di KLIA pada jam 12 tgh hari
Itulah serba sedikit catatan UMRAH kami pada 25 mei hingga 5 jun 2011....Insya_Allah smg murah rezeki dan dpt pergi lg bawa family...aminn

Saturday, January 15, 2011

Kakak n adik mula bersekolah..mama n abah mula bekerja n HPA baik utk kesihatan..

ni gambar kakak n adik nk g skolah ...dah besar anak2 mama n abah ni ye..kakak blaja rajin2 ye..katanya nk jadi cikgu gak cam mama hehe....adik lak nak jadi ustazah..Insya_Allah smg anak-anakku menjadi anak-anak yg solehah..amin..thanks abg coz hantar mama n ambik mama g skolah hehe
barang2 HPA ni baik utk kesihatan..ade maduspirulina,kismis,apricot,rosselle mcm2 ade..

Syukur Alhamdulillah 16 jan 2011 ade kesempatan nak menulis blog yg dah lama menyepi ni..sepi bukan ape..macam x de masa je nak menulis ,tambah2 skrg ni baby demam,kakak pun demam...semoga baby dan kakak cepat sembuh Insya_Allah...byk juga nk story ni coz lama x update...lagipun aku ni bukannye rajin nk menulis pun hehe...kesibukan sbg seorang isteri,ibu,guru,nurse dan mcm2 ler aku boleh jadi menyebabkan aku ni x de masa nk menulis lg..minat tu ade tp aku je yg membuatkan aku ni x de masa hehe....sorry ye kenkawan yg merinduiku hehe..yg kurindui...skrg ni Alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik...aku dah selamat pindah ikut my hubby ke selangor..skrg ni mengajar lak kat sjkc...agak mencabar jugak ler coz pertamanya masalah bahasa..budak2 x faham sgt bi n bm..dorang cuma faham bhs dorang je..so kene study hard skit utk blajar bahasa mandarin..tp dah blaja..nape bila i ckp mandarin je budak x faham gak hehe..salah pronounce ke apa hehe...x de tindakbalas je..x pe ni satu permulaan ..don't worry cikgu niey ..anyway u dh cuba..all da best la for me..ayat tuk menyedapkan ati hehe..hope i cepat blaja mandarin ni..pastu nk continue study lak...master (child psychology)Insya_Allah kalo ade rezeki nanti...panjang lebar je story...actually yesterday kami ke shah alam ke pusat jualan HPA product..byk gak la beli brg utk family..coz nk ke sana tu jauh sgt...mulanya nk bli penapis air..tp kene order dulu......kalo ade yg nak berminat dgn barangan HPA ni leh ler contact my hubby..

Tuesday, October 26, 2010

sotong goreng tepung yang ranggup...



salam semuanya..lamanyer x berblog kan..maklum la asyik berfb jer...apa khabar kwn2 blogger yg disayangi...smg sihat hendaknya...blog resepi ni sunyi sepi dan bersawang juga dah ...nak wat camner kesibukan yg melanda...sibuk berfb...sibuk dgn macam2 hal kan...tp x pe Insya_Allah lepas ni akan muncul la resepi2 terkini hehe....mcm rajin masak yer...
ni saje nk kongsi kesedapan sotong goreng tepung yg dimakan..semasa cuti2 malaysia ke majlis konvokesyen adik ipar di Kuantan baru2 ni...sedap sungguh sotong goreng tepung dia..ranggup sangat..kalo ke kuantan tu singgah la kat restoran ni...x jauh dari UMP..Universiti Malaysia Pahang....singgah jgn x singgah yer...
ok hadapi hari2 dgn senyuman dan kesabaran...smg kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa..
"Sesungguhnya kesudahan yang baik(yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat ) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"(Hud: ayat 49)

Wednesday, March 3, 2010

HoPe My DrEaM CoMe TrUe...


Bismillahirrahmanirrahim...salam kwn2 blogger...lama x update, sibuk pun x ,keje pun x lagi, masih cuti, cuma sibuk jaga anak-anak hehe...hingga terlupa nk update..ni aku nk cite pasal my dream hehe...mim[i2 nk beli avanza ni...bukan nk avanza je sebenarnya...mimpi nk ada kete..ye la...sejak tukar balik ke Kelantan ni susahnya x de kenderaan...nk ke klinik, nk ke sekolah, nk ke shopping mall , what ever la...harap2 impian utk dapatkan satu kete lagi menjadi kenyataan ,x kira la avanza ker, myvi ker, kancil ker...tp aku mesti dptkan kete besar sebab selain dr nk ke sekolah , aku ade impian nk bawa family jalan2 round malaysia ni...coz bila lg kan nk bawa dorang jalan2 so aku rasa baik aku ambik kete yg besar dan selesa cam avanza..tp boleh ker aku drive ..coz sebelum ni aku just bawa iswara kepunyaan suamiku jer pusing2 depan umah...lesen dan 7 tahun dh aku ambik...tp ade gak la aku bawa g jalan raya hehehe...g airport ambik husband balik kursus..i hope so , aku leh bawa kete ni jenis outo...walau ape pun aku mesti yakin dan percaya yg aku leh bawa...aku mesti berani..sampai bila aku nk harap kat org jer kan..lgpun aku ade tujuan lain gak aku nk beli kete besar2 ni...harap impian aku menjadi kenyataan..Ya Allah Ya Tuhanku hanya padaMu Ya Allah aku memohon semoga impian menjadi kenyataan..Insya_Allah...amin...kwn2 doakan aku skali yer