Followers

Friday, November 25, 2011

Selamat tahun baru 1 Muharram 1433 Hijrah

Esok 27 November 2011 iaitu 1 Muharram 1433 Hijrah,atau sambutan Maal Hijrah, selamat tahun baru Hijrah kepada semua......semoga tahun baru ini kita diberikan kekuatan,semangat yg kental berjuang untuk hidup,dilimpahi rezeki yang berkat dan halal serta maju jaya dalam mencapai segala cita-cita tertutama sebagai seorang ibu,isteri dan juga guru spt saya...saya mengharapkan keredhaan daripada suami agar Allah memberkati segala usaha saya di tahun baru ini, Insya_Allah.Amin ya Rabbal Alamin

Pengertian Awal Muharram
Hari Awal Muharram
atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.Boleh juga rujuk .saya copy dari sini http://blog.mixterr.com/selamat-tahun-baru-islam/


Doa Akhir Tahun ini dibaca sebanyak 3 kali pada penghujung waktu Asar sebelum masuk waktu magrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”






doa Awal tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas solat maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.






No comments: