Followers

Thursday, December 3, 2009

Suasana Solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Kausthar Tawau


Beginilah suasana solat hari raya aidiladha di Masjid Al-Kausthar Tawau, ramainya org , kami pun terpaksa solat di atas jalan tepi masjid, kami beli kertas pembalut buku yg dijual oleh budak2 yg sememangnya tahu orang akan mencari sesuatu untuk alas sejadah jika x dpt solat dalam kawasan masjid...mahalnya rm1, tp x pe la kira sedekah jugak utk budak2 tu sempena hari raya.....Alhamdulillah mungkin disebabkan kami lewat sampai kerana di Tawau Sabah solat Raya dilaksanakan sejam lebih awal dari semenanjung, jadi terkocoh-kocoh kami bersiap ..tepat jam 7.15 kami bertolak dari rumah..bila sampai kat masjid x de parking la pulak.....cari parking pun satu hal...dugaan.....Syukur Alhamdulillah sempat juga kami solat raya.......walaupun di pinggir Masjid yg besar ni......betapa syahdunya gema takbir raya mengingatkan aku kpd keluargaku di kg......rindunya aku kpd kedua ibu bapaku....adik-adikku....sanak saudara....Ya Allah sampaikan rinduku ini kpd mereka semua.......

No comments: