Assalamualaikum dan selamat datang kpd semua...selamat berkenalan dan semoga terjalinlah ikatan silaturrahim antara kita sama ada perkongsian resepi,corat coret kehidupan Cikgu Niey n Family sana sini,masakan Cikgu Niey...dan sebagainya...smg Allah merahmati kita semua..Amin
Followers
Wednesday, November 11, 2009
Tuesday, November 10, 2009
Kakak Ain yang rajin
Syukur Alhamdulillah...anak mama ni dah pandai menulis, mewarna dan melukis...setiap gambar yg diwarna tu mesti kemas dan x keluar dari landasannya...hehe...begitu tekun sekali dia mewarna...sambil makan2..hehe...katanya.."mama kakak dah besar ma, dah tinggi, dah boleh sekolah..bg la kakak sekolah ma..kakak nk beg skolah yg tarik2 ada roda tu ma..."..."ok tp kakak kena janji tak mahu lg nangis2, kakak kena rajin2 belajar, baca buku...dengar cakap mama dan abah ya"aku dgn harapan yang tinggi semoga anakku NUR AIN SOFIYAH menjadi seorang anak yg solehah, pintar dan berhemah tinggi....kita harus mendidik anak dgn penuh keikhlasan dan kelembutan..smg dia dpt menilai erti sebuah kehidupan dgn baik, bukannya dgn kekerasan..kanak2 belajar melalui pengalaman dia sehari-hari..berilah dia peluang bercakap, bermain dan meluahkan perasaan dia...dengarlah bila dia bercerita..bila dia bertanya itu dan ini kerana selagi kita tidak memberi jawapan yang tepat selagi itulah dia tidak berpuas hati.............hehhe ni pengalaman seorang ibu yg baru nk masuk 2 org anak..tp pengalaman ibuku yg byk mengejar aku erti kehidupan....aku hanya budak kg biasa jer......tp ade citer disebaliknya..aku dulu..lasak sikit...hehehe..selalu panjat pokok kelapa..tgn ni dh byk kali patah dan berbalut..maklumla anak kedua mmg berdikari sikit..cukup la dulu story ni..
you make my days more colorful

mcm mana nk mula yer...sebenornyer kena masuk blog lain ni dh lari dari topik masak2 ni ..tp saje jer nk kongsi perasaan happy...x de apa pun ..yg penting rasa happy jer...Syukur Alhamdulillah....maybe kalo nk rasa happy kena la tgk bunga ni..bestnyer kalo dpt jambangan bunga mcm ni kan...more colorful....ni nk citer pasal mlm td, masa nk kemas dapur tiba2 jer pinggan jatuh n pecah berkecai...syukur Alhamdulillah....kena kaki sikit jer...tp darah byk juga la...x pernah pulak tgk darah byk camtu...nasib baik ade minyak gamat kasi stop darah tu......rupanya darah kita ni bila berada kat luar terus beku...dh tau dah cuma x pernah tgk jer..hehe..my huby yg baik tu juga memahami..terus dia yg kemas hehehe....thanks my hubby u always make my days more colorful...
Monday, November 9, 2009
Nasi Kuning ikan tongkol masak merah
mmm ni la makanan kegemaran di sabah...pg2 mesti dihidangkan dengan nasi kuning bersama ikan tongkol , di sini panggil ikan kayu..masak merah atau masak pedas...nasi kuning tu rasanya masak mcm biasa jak....ikan pun sama la...masak merah..cuma letak kerisik..untuk tambah selera..saya tak gemar sangat nasi kuning ni..sekadar mencuba boleh la..kalo nk resepi kena tanya kwn2 kat sabah ni..tp rasanya senang jer kan..
Saturday, November 7, 2009
Cempedak Goreng
bahan-bahan:
1.1 biji Cempedak
2.2 cawan tepung gandum
3.1 biji telur
4.1/2 cawan tepung jagung
5.sedikit gula
6.sedikit garam
7.3 sudu majerin
cara-caranya:
1.masukkan gandum, tepung jagung dan mentega dgn air suam
2.masukkan garam, gula dan telur
3.pukul hingga sebati
4.masukkan cempedak
5.boleh la digoreng
Cek Mek Molek...
Bahan:
1. 1/2 kilo ubi manis direbus dan dilecek
2. 4 cawan tepung gandum
3. sedikit garam
4. Gula untuk dibuat intinya
5. 4 sudu mentega
Cara-caranya:
1. Lecek ubi manis hingga hancur
2.Campurkan dengan tepung gandum dan mentega
3.Campurkan dengan air suam sehingga menjadi doh dan masukkan sedikit garam
4.Jadikan doh leper dan letakkan gula di tengah-tengahnya.
5.Boleh la digoreng hingga garing
Sunday, November 1, 2009
Nasi beriani simple
Bahan-bahan (ari tu buah 2 periuk lekrik, so kena tambah la bahan2nya)
- 4 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
- 1 1/2 tin kecil minyak sapi (ghee)
- 2 tin susu sejat (susu cair pun ok)
- 4 biji bawang besar, dihiris halus
- 10 ulas bawang merah*
- 10 ulas bawang putih*
- 3 inci halia*(*dikisar halus)
- 3 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
- Segenggam daun ketumbar
- Segenggam bawang goreng (saya x letak bawang goreng coz x sempat nk goreng, yg kat kedai sini x sedap)
- 1/2 cawan gajus(x letak jugak)
- 1 cawan kismia
- 2 kiub ayam maggi
- Garam secukup rasa
- Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)
Cara-cara
- Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
- Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
- Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
- Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi . Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.(saya guna garpu)
- Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.
Subscribe to:
Posts (Atom)



