Followers

Wednesday, August 26, 2009

Sambal Ayam


Ni menu hari kedua sebenarnya, lambat posting coz tenet slow sgt x leh nak upload gambar, sambal ayam ni sebenarnya sedap kalo ditambah dengan jantung pisang disebabkan tak jumpa jantung maka sedap jugakla jika ditambah dgn kacang panjang, nampak mcm kari ayam kan, tp saya buat kering jadi la sambal ayam..
Bahan-bahan:
1. Potong ayam kecil-kecil
2. kacang panjang(saya guna kacang pis coz x de kacang panjang)
3. rempah kari ayam adabi
4. Bawang putih 2 ulas-dikisar
5. Bawang merah 2 ulas-dikisar
6. 1 Inci halia-dikisar
7. bahan2 rempah(kulit kayu manis dan lain2)
8.kentang
9.1 cawan santan pekat
Cara masak:
tumis bahan2 rempah bersama bahan yg dikisar sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit santan pekat, tumis hingga pecah minyak, then masukkan ayam hingga ayam masak, then masukkan kentang and kacang panjang, tggu hingga kentang empuk, siap dihidangkan.

Sunday, August 23, 2009

Kuih Berbuka Hari Pertama-Lepat Pisang

Syukur Alhamdulillah sampai juga hajat nak makan lepat pisang ni, lama dah dok teringin nak makan, tgk blog ummie, terliur pulak, last2 buat sendiri jer, sini mana nak dapat, x de orang nak buat, hari minggu pergi pasar cari pisang emas, rm1.50 sikat, biasanya rm1.00 jer, mahal la pulak kali ni, ade la dalam 15 biji terlebih suda, yang lucunya, saya ni tak pernah buat lepat, tak tahu mcm mana rupa lepat sebelum di rebus, bancuh punya bancuh dah jadi keras sedikit, nak kata tak ikut sukatan dah ikut tp lembik pula, hehehe nampak sgt x pandai masak yer...hehehe jom ler kita cuba..

bahan-bahan:
1. 10 biji pisang emas
2. 1 cawan tepung gandum
3. Sedikit kelapa parut yang dicampur dgn garam
4. 1/3 cawan gula
5. Sedikit garam

Cara Masak:
1. Lecek pisang dan gula sehingga hancur
2. Masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati
3. Letakkan di atas daun pisang yang telah di layur terlebih dahulu
4. Letakkan inti kelapa ditengah-tengahnya
5. Bungkus dengan melipat kedua-dua bahagian hujung daun pisang
6. Boleh la dikukus sedingga daun pisang nampak kekuningan iaitu selama 15-20 minit.

Nasi Goreng Campur

mmmm lazatnyer...hehehe....ni pun menu hari minggu before puasa lagi, lupa nk post awal2 sori ye....nasi goreng ni sedap sgt.....dimakan panas2, lagi2 bulan puasa ni kalo x de selera nk makan bole la cuba resepi ni

Bahan -Bahan:
1. Semangkuk nasi sejuk
2. Sayur-sayuran campur, sy letak baby corn, kacang buncis, carrot, dan tomato
3. Bawang putih 3 ulas
4. Bawang merah 3 ulas
5. Segenggam bilis di tumbuk separuh hancur
6. Garam dan sedikit perasa

Cara masak:
1. Tumis macam biasa bahan yang dikisar atau ditumbuk, then masukkan ikan bilis yang ditumbuk, masukkan sayur-sayuran, masukkan nasi , boleh juga letak kicap utk tambah perisa, letakkan sedikit garam dan perasa jika suka, nasi siap dihidang.

Sambal Terung



Ha..ni la kegemaran saya, terung masak sambal, terung ni tak la di panggang sebaliknya digoreng dahulu, sedap sgt, tp terung tak boleh makan selalu coz jenis sayuran sejuk , sakit badan pulak nanti, muda2 dah kena sakit badan kan hehehe, biasanya ibu mengandung ni mcm2 angin pun ada satu badan...
Bahan-Bahan:
1.2 biji terung
2.2 ulas bawang putih
3.2 ulas bawang merah
4.5 tangkai cili kering
5.Sedikit air asam jawa
6.Sedikit garam
Cara Masak:
Senang jer, goreng terung sehingga masak angkat dan toskan
then tumis bahan yg dikisar sehingga pecah minyak, masukkan terung yg telah digoreng lastly masukkan air asam jawa dan sedikit garam.

Sambal Bilis

ni bukan menu buka puasa, menu ni hari sebelum puasa lagi, sambal bilis utk dimakan dengan nasi lemak, nak rasa kelainan sambal bilis ni x digoreng terlebih dahulu sebaliknya terus masak dgn sambal tanpa digoreng, rasanya lain dr yg lain. Boleh dicuba sekali sekala.

Bahan-Bahan:
1. Setengah kilo ikan bilis
2.Bawang besar 1 biji -dikisar
3.Bawang putih 3 biji -dikisar
4.cili kering 10 tangkai -dikisar
5.1 inci halia-dikisar
6.Semangkuk air asam jawa atau boleh guna 1 keping asam keping
7.Sedikit garam dan perasa

Cara masaknya:
1.Tumis bahan yang di kisar sehingga pecah minyak
2.Masukkan ikan bilis yang telah ditoskan, goreng sehingga bilis masak
3.Masukkan air asam jawa
4.Masukkan sedikit garam dan perasa jika suka

Saturday, August 8, 2009

Bestnyerr sambut besday sama2 kat tempat keje

nampakkan i yg over sket huhu,biasa ler i kan ske glamer gitu...tanggal 07 Julai 2009 adalah hari yg bersejarah boleh dikatakan...ade kek 3 biji utk sambut besday dr bulan jan to julai...ni staf2 Kolej yg byk menabur bakti demi kolej tercinta....terima kasih endin bos yg baik hati..terima kasih pd yg usahakan majlis ni berjalan lancar.....n thanks also 4 da nice gift yg i dpt hari tu....maybe ni adalah kenangan utk aku bawa balik kelantan nanti jasa kalian dikenang selamanya...wah syahdu lak mcm nk raya jer....

SaMbaL SaRdiN

masa kat office lg teringin nak makan sardin masak sambal ni, masa bujang2 dulu x heran dah hari2 balik keje jer i masak sambal sardin huhu , my faveret gak la...ntah mcm mana saje je tanya c ogy ni dia terer bab masak sardin, mcm2 cara gak la org buat kan....
cara-caranya:
tumiskan bawang merah n bwg putih 2-3 ulas
masukkan baby corn( kawe panggil tiok jagung hehehe)
masukkan sos tomato, n air asam jawa,garam dan cili potong, then masukkan sardin...sedapnyerrrr

Tempoyak ski...

mak...mahalnye durian kat Tawau nie, 1 biji rm20 hengget adoiiii.....cukup la skali mkn je ler....ni yg lebih2 semalam buat tempoyak sikit utk tambah selera mkn nasi...huhuhu walaupun x leh makan pedas tp mkn gak ler.....tempoyak ni senang jer just letak cili dan garam pastu tumbuk je...boleh tambah 2 pinggan mkn nasi ngan tempoyak ni..tambah2 ada budu...mak bekalan budu dah habis...