
Assalamualaikum dan selamat datang kpd semua...selamat berkenalan dan semoga terjalinlah ikatan silaturrahim antara kita sama ada perkongsian resepi,corat coret kehidupan Cikgu Niey n Family sana sini,masakan Cikgu Niey...dan sebagainya...smg Allah merahmati kita semua..Amin
Followers
Wednesday, December 21, 2011
Shopping brooches

Thursday, December 8, 2011
JOM TAMBAH FOLLOWER
JOM TAMBAH FOLLOWER


Tuesday, November 29, 2011
Shopping n pindah umah..

salam sayang semua....mmmmm dlm keadaan baru pindah rumah ni, minat nk berblog bertambah2 lak aduii...camno ni..mne nk kemas umh, mne nk berblog haha...sambil2 le jwbnyer...ni 3 org putri sibuk duk bergaya waktu tgh kemas2 umh....Alhamdulillah kakak dh boleh tlg mama kemas umah,....nak masak nk buat kek segala tunggu dulu ye...bab pinggan mangkuk lum tersusun rapi hehe..airlak lumpasang bio aura lg..x tahan bau karat lau x pasang tu...so tunggu dh settel semua baru leh masak dsb, setakat ni mesin basuh dh ok leh la basuh kain baju walaupun air tu masuk skit2 je..tunggu pasang paip yg sesuai..maklum la masuk umah sewa mcm2 x de, tunggu la banglo kami siap baru kami pindah lg yer hehe..banglo 15 juta hehe..berangan jap...walau apa pun Alhamdulillah...x perlu lg cikgu niey bersesak2 balik skolah..biasa habis je skolah kul 630 terus pecut..mau kejar maghrib kat umah..maklum ler lau jem teruk kene la maghrib kat petronas highway sana tu...
panjang lak berceloteh ye..kain baju lum berlipat g ni...husband lum balik keje lg..tunggu je la..cuti skolah kali ni x de kemana2..x nyempatnyer nak jalan huhu...rasenye cukup dulu ye nk sambung wat keje lak..
ohh lupa lak pasal shopping..g carefour byk gak sale k grab semua x sempat..so grab la satu pakej jem sedap gak dpt ngan hadiah mug kecik comey..jem ni mcm2 ade, harga pun okrm6.50 je 4 jenis jem...ala lambat lak upload picture ni...sorry x dpt nk upload heeh
Friday, November 25, 2011
Selamat tahun baru 1 Muharram 1433 Hijrah
Pengertian Awal Muharram
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.Boleh juga rujuk .saya copy dari sini http://blog.mixterr.com/selamat-tahun-baru-islam/
Doa Akhir Tahun ini dibaca sebanyak 3 kali pada penghujung waktu Asar sebelum masuk waktu magrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

doa Awal tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas solat maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

frozen food-donut

ni masa wat frozen food byk2 ...mai kita fokus wat donut dulu yer...ni basic je..donut biasa2 kalau nk lebih skodeng2 la dapur dorang ye...
bahan2
200gm tepung gandum
100gm tepung high protein
10 gm instant yeast
100gm air biasa
40gm gula kastor
20gm susu pekat
1 biji telur
20gm majerin
20gm shortening
1/2 tsp garam
caranya:
masukkan tepung dan yis mesin pelahan kemudian high proteinmesin lg,telur,susu (1 sudu besar) air sedikit demi sedikit ,shortening, magerin uli doh hingga licin kalau masih lembik leh campur tepung.peram doh hingga naik 2 kali ganda, tekan2 utk buang udara,canai dan terap.tunggu naik sekejap baru goreng...sedap dan ranggup..try la
Thursday, November 24, 2011
Nasi lemak again

cucur bilis & carrot

Wednesday, November 23, 2011
Dadih

Bahan:
serbuk dadih segera
susu cair 1 tin
perisa jagung
perisa epal
gula
Caranya:
didihkan 3000ml air
masukkan susu cair
masukkan gula kacau hingga medidih...
masukkan serbuk dadih segera
angkat..campurkan perisa yg digemari...sejukkan dan masukkan ke dalam acuan..simpan dalam peti sedap utk dimakan.......
Tuesday, November 22, 2011
Tiramisu cheese cake..



berminat leh ler tempah kek ni...tp tunggu i settle pindah umah dulu yer..maybe next week..terpaksa gak pindah umah coz nk jimat kos minyak kete yg hampir satu jam lebih ke skolah n jimat nk elak kene byr tol rm3.20 sehari...baik pindah umah yg dalam 5 minit je ke skolah..lgpun dekat ngan babysitter n skolah anak2..ok continue this cake...sy ade ambik tempahan kek jika berminat sekitar putrajaya, puchong,serdang n kawasan yg sewaktu dgnnya.....jika berminat leh sms 019-9903531 atau 017-6838826...lau nk resepi pun leh jugak..sharing is caring hehe:
bahan-bahannya:
250gm choclate sponge mix
4 biji telur
60gm air
60gm mentega cair( cairkn dahulu n then timbang)
caranya:
campur semua bahan diatas kecuali mentega cair,pukul gebu
hentikn mesin masukkan mentega cair dan kacau rata
masukkan adunan ke dalam acuan 9x9 dan terus bakar
bakar selama 20-30 minit dgn kepanasan 180c
utk cream cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor
2 biji kuningtelur
250 sour cream/freshmilk
utk bahan ini pukul cheese ngn gula sedikit,masukkan kuning telur dan sour cream
1tbsp nescafe+1/4 cawamair panas (utk disapu atas kek)
250gm whipping cream(pukul gebu n sapu keliling kek)
cara menghias kek
spong kek dipotong 3 keping secara mendatar
sapu nescafe diatas setiap permukaan kek
sapu di atas nescafe cream cheese,lapis hingga seterusnya
akhir sekali sapu dgn whipping cream dan sejukkan
Sunday, November 20, 2011
Black forrest cheese cake

bahan-bahan;
guna acuan 10"
375 gm tepung cocoa sponge mix
75 gm air sejuk
75 gm mentega dicairkan
1 tsp. vanilla
6 biji telur
Cara-caranya:
masukkan tepung sponge mix dan telur ke dalam mangkuk
pukul sedikit masukkn air dan vanilla
pukul laju (high speed dlm 5 minit sehingga betul2 gebu
masukkan mentega cair
kacau rata terus masukkan dalam acuan 10"
bakar selama 40-45 minit dgn kepanasan 175c
frosting:
250 gm. cream cheese -sy guna kraft origial philadephia
100 gm. gula icing
100 gm.whipping cream (pukul dahulu) boleh guna topin pride-non dairy or dairy
1 tin dark pitted cherries-belah dua
caranya:
pukul cheese dan gula biar kembang sedikit masukkan gula icing dan whipping cream kacau rata
topping:
400 gm. whipping cream (pukul gebu)
10 tangkai ceri bertangkal
cara menghias kek:
kek dielah 3 keping. setiap lapisan kek disapu frosting, letakkan buah dark pitted cherries, last sapu keliling kek dgn topping dan hias dgn cherry bertangkai..
resepi ni special utk anak2 mama nanti...3 putri mama smg menjadi inspirasi..
Monday, October 31, 2011
Puding Roti Pelangi


Bahan2:
4 keping roti (sy guna roti bun yg manis tu)
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair ( sy guna 1 cawan susu cair)
1/2 cawan gula (sy tambah gula sebab guna agar2 kering 1 plastik panjang tu)
3 1/2 cawan air ( sy tambah air jd 4 cawan coz agar2 tu di tambah 1 plastik)
2 sd besar butter/ majerin yg dicairkan(sy x cairkan pun hehe nk cepat)
pewarna kuning,hijau dan merah
cara-caranya:
didihkan 3 cawan air,agar dan gula ke dlm periuk
blend roti,telur,susu pekat,susu cair dan 1/2 air yg disukat utk didhkn agar2 td...blend then masuk dlm periuk agar yg tgh didih
masukkan butter atau majerin dan kacau rata
bahagikan kpd 3 bahagian, kuning,hijau dan merah dlm mangkuk yg berlainan
tuangkan ke dlm loyang secara berselang seli..dgn menggunakan senduk..sejukkan
Wednesday, October 26, 2011
cucur bilis simple dgn sos MH MOHD

bahan2...
1. 2 cawan tepung gandum
2. segenggam ikan bilis
3. 1 biji bawang besar
4. 3 biji cili kering-blend dulu yer
5. beberapa helai daun saleri dan daun bawang (daun sup)
6. sedikit garam
cara-caranya:
campur kesemuanya ke dalam air masak..gunakan 2 sudu utk bentukkan cucur then goreng hingga masak...senangkan
trifle



bahan:
1. 1 tin susu cair
2. 1 sudu besar gula
3. 4 sudu besar tepung kastard
4. 1 mangkuk air@ 400ml air masak utk dicampur dgn tepung kastard
5. 1/2 biji kek gulung sederhana saiz
6. 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buah
7. 1 paket agar2 jeli kristal nona
8. 1 mangkuk air panas @ 400ml _utk dibancuh dgn kristal nona
Cara-caranya:
1. panaskan susu cair dgn gula- kecilkan api
2. bancuh tepung kastard dgn semangkuk air masak sejuk, masukkan bancuhan td kedalam susu cair yg sedang mendidih masak hingga betul2 kastard pekat, tutup api.
3. susunkan kek gugungdlm bekas berasingan kemudian basahkan dgn air buah
4. Masukkan buah dlm tin hingga habis
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan td
6. untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas kacau hingga sebati
7. Akhir sekali tuangkan jeli tersebut diatas kastard dan sejukkan...bila sejuk baru hidang...
mudahkan..ni resepi utk yg baru blajar je..yg dh mahir macam2 leh wat trifle ni nk letak fresh cream ke atau fresh fruit..biskut ke..mcm boleh...sedap sgt..
Saturday, August 6, 2011
onde-onde @buah mulung

Alhamdulillah sampai jgk kat kg hari ni....lebih kurang 5.30 ptg...mak kat dapur tgh buat onde-onde ni nak hantar kat masjid mlm ni....Alhamdulillah rezeki lg..actually semua tahu buat kueh ni kan....
resepi onde-onde:
300 grm tepung pulut
2 ketul gula melakadipotong segiempat kecil2..
10helai daun pandan dikisar utk diambil airnya..
1/2 biji kelapa parut yg dibuang kulit arinya
tepung pulut dibancuh dgn air daun pandan yg dikisar td sedikit demi sedikit sehingga boleh digentel.bubuh gula melaka di tgh2 dan tutup semula , bentukkan bulat2.masukkan ke dalam air panas yg telah menggelegak...kuih yg timbul telah masak angkat dan golekkan di atas kelapa parut...siap dihidang...
Thursday, August 4, 2011
Bonus Raya 2 Bulan Gaji?


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, CUEPACS sudah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua bulan lalu dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.
“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebelum ini, CUEPACS beberapa kali membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas ia sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus – Bernama.
Butter Golden Churn disahkan TIDAK HALAL


MIngguan Wanita bumper raya hehe....

Tuesday, August 2, 2011
Ramadhan terakhir..........
Sembahyang tiang agama

‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.
(Al-Maarij, ayat 19-23)
semoga ramadhan ini menambahkan amal ibadat kita....maafkanlah diri ini andainya Ramadhan ini adalah Ramadhan Terakhir....
Monday, August 1, 2011
ikan percik,ikan ketuka bakar cicah air asam,kerabu sarang,kerabu .ulam-ulaman,masak lemak daging,jeruk maman dan sambal cili..



resepi ikan kembung percik mak:
Bahan2:
8 Ikan kembung
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
2 ulasBawang putih
1 btg Serai
3 hiris Lengkuas
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa
Cara2:
1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan Masukkan kesemua bahan kisar.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.
Sunday, July 31, 2011
Selamat berpuasa semua....dengarkan lagu ini bisa menggetarkan hati...dihening malam dan lirik yg indah Rintihan Ramadhan..
selamat berpuasa semua...Alhamdulillah pg ni kami pun dpt bersahur bersama keluarga walaupun simple kerana mungkin hari permulaan....lagu ni sgt sesuai utk yg berjaga malam..bersujud dan bertakafur kpd Allah yg maha Esa..marilah kita perbanyakkan amalan di bulan puasa ni..smg segala amalan kita diberkati Allah.....
semoga ramadhan kali ini dapat ku perbaiki kelemahan diri...
resepi makanan untuk minda kanak-kanak

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.
2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.
3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.
4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)
5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)
6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."
7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).
Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti
8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.
Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"
9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.
kalau nk lebih detail boleh ke blog beliau...thanks kpd mama Darwisya....
bahan2 di atas sy beli kat mekah masa pergi umrah...
Saturday, July 30, 2011
kuih butir nangka

saje nk post resepi kuih butir nangka ni ...coz lama sgt nk update blog dapur mama ni sampai dah hilang peminat setia pembaca blog ni hehe...ade ker huhu...tu la malas sgt nk update...sebenarnya skrg ni tgh cari idea nk updates mcm2..nk ubah mcm2 spy cantik menarik tertarik kau memag da boom heheh........jom semak resepi kuih butir nangka yg x de nangka ni heeh.........
Bahan-bahan utk 10 ore
- 4 cawan tepung beras pulut
- sedikit air
- sedikit kapur makan
- secubit garam dan air daun pandan @ pewarna hijau atau mcm2 kaler pun boleh anak2 ske..
- (bahan utk kuah)
- santan dari setengah biji kelapa
- gula
- 1 sudu makan halba
- garam
- daun pandan
Cara-cara
- mula-mula masukkan sedikit air ke dalam bekas, then sedikit air kapur makan bersama secubit garam serta pewarna dan kacau
- masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
- kacau hingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
- atas dapur panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan bentuk leper2.. bila masak ia akan timbul...
- kuih akan timbul bila dah masak.. terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
- kuah pula...masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
- dah masak boleh dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
- halba dan santan boleh ditmbah kalau nk byk kuah...
- boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama roti gardenia nyum....nyum sodap...try la..selamat mencuba ya...
Wednesday, June 15, 2011
Catatan menunaikan Umrah bersama keluarga...

25/5/2011- bertolak pd jam 3 ptg dari KLIA to JEDDAH menaiki MAS selama 8 jam perjalanan.
26/5/2011- tiba di JEDDAH kul 12 mlm...terus ke KOTA MADINAH menaiki bas selama 8 Jam
menunaikan solat di MASJID NABAWI...Alhamdulillah dpt solat di Raudhah
27/5/2011- Ziarah ke BUKIT UHUD melihat makan para syuhada...hati ini begitu sayu dan
bangga dgn para syuhada ini...
28/5/2011-Ziarah di KOTA MADINAH
29/5/2011-Berniat di MIQAT utk ke MASJIDILHARAM bg menunaikan UMRAH...bertolak
dari KOTA MADINAH pd jam 6 ptg...berniat ihram di MIQAT..menunaikan solat
magrib dan Isyak di MASJIDILHARAM bersama rombongan AL_QUDS dan terus
melakukan TAWAF serta SAI'E...masa ni bawa kakak Ain Solat,tawaf dan Sai'e
sekali...Alhamdulillah selesai pd jam 2 mlm...rehat sekejap di MASJIDILHARAM
sementara menunggu solat subuh..
30/5/2011-Ziarah ke ARAFAH,MUZDALIFAH,MINA,JABBAL NUR, JABBAL THUR dimana
tempat bermulanya Hijrah sampai ke kota Madinah, dan MASJID QUBA.
pertama kami ke JABBAL NUR iaitu tempat nabi Muhammad menerima wahyu
pertama di Gua Hira'..kami hanya lihat dari jauh...kedua...kami ke JABBAR
RAHMAH dimana tempat bertemunya ADAM dan HAWA..
1/6/2011- kami ke ladang unta melalui sebuah tempat yg di panggil KAKKIAH iaitu tempat
penternakan kambing2...seterusnya ke MASJID HUDAIBIYYAH tempat NABI
MUHAMMAD S.A.W bermimpi memakai pakaian Ihram...ade masjid runtuh
disinilah tempat NABI berbai'ah di bawah pokok semasa perjanjian Hudaibiyyah..
2/6/2011-TANA'EM utk berniat ihram ...
3/6/2011-TANA'EM utk berniat ihram
4/6/2011-melakukan TAWAF WIDA' iaitu tawaf selamat pulang...selepas solat zohor...dan
meneruskan perjalanan ke JEDDAH utk menaiki kapal terbang pada jam 11 malam
dan perjalanan selama 8 jam...solat subuh di atas kapal terbang MAS
5/6/2011-tiba di KLIA pada jam 12 tgh hari
Itulah serba sedikit catatan UMRAH kami pada 25 mei hingga 5 jun 2011....Insya_Allah smg murah rezeki dan dpt pergi lg bawa family...aminn
Saturday, January 15, 2011
Kakak n adik mula bersekolah..mama n abah mula bekerja n HPA baik utk kesihatan..



Syukur Alhamdulillah 16 jan 2011 ade kesempatan nak menulis blog yg dah lama menyepi ni..sepi bukan ape..macam x de masa je nak menulis ,tambah2 skrg ni baby demam,kakak pun demam...semoga baby dan kakak cepat sembuh Insya_Allah...byk juga nk story ni coz lama x update...lagipun aku ni bukannye rajin nk menulis pun hehe...kesibukan sbg seorang isteri,ibu,guru,nurse dan mcm2 ler aku boleh jadi menyebabkan aku ni x de masa nk menulis lg..minat tu ade tp aku je yg membuatkan aku ni x de masa hehe....sorry ye kenkawan yg merinduiku hehe..yg kurindui...skrg ni Alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik...aku dah selamat pindah ikut my hubby ke selangor..skrg ni mengajar lak kat sjkc...agak mencabar jugak ler coz pertamanya masalah bahasa..budak2 x faham sgt bi n bm..dorang cuma faham bhs dorang je..so kene study hard skit utk blajar bahasa mandarin..tp dah blaja..nape bila i ckp mandarin je budak x faham gak hehe..salah pronounce ke apa hehe...x de tindakbalas je..x pe ni satu permulaan ..don't worry cikgu niey ..anyway u dh cuba..all da best la for me..ayat tuk menyedapkan ati hehe..hope i cepat blaja mandarin ni..pastu nk continue study lak...master (child psychology)Insya_Allah kalo ade rezeki nanti...panjang lebar je story...actually yesterday kami ke shah alam ke pusat jualan HPA product..byk gak la beli brg utk family..coz nk ke sana tu jauh sgt...mulanya nk bli penapis air..tp kene order dulu......kalo ade yg nak berminat dgn barangan HPA ni leh ler contact my hubby..