
Resepi Nasi:
mcm biasa masak kalo nk biru kena letak sejenis bunga yg tp boleh dimakan..
Sambal tumis:
mmm mcm2 cara ade,kalo sy
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 sudu cili kering kisar
1 inci halia
2 batang serai di ketuk
1 cawan santan
2 sudu gula merah @ gula melaka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
Caranya:
Bahan dikisar dan ditumis dgn sedikit minyak, masukkan santan, serai,gula merah,asam keping dan garam,kacau api pelahan sehingga menggelegak.Jika suka boleh masukkan sedikit budu pasti rasanya sgt berbeza..
Sambal Kelapa:
1 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1 biji cili besar
1/2 biji kelapa parut
2 ekor ikan kembung rebus @ bakar
2 sudu gula merah@ gula melaka
1 batang serai
sedikit garam
Caranya:
senang jer, rebus ikan kembung dan ambil isinya, isi ikan ditumbuk lumat bersama lada hitam,bawang merah,dan sedikit garam.Kelapa parut digoreng sehingga kekuningan, utk lebih halus boleh diblend selepas di goreng, campurkan dgn bahan tumbuk td bersama bawang besar yg dimayang halus dan cili besar yg dipotong,masukkan gula merah dan serai yg di potong halus,pasti rasanya berbeza kerana resepi yg berbeza hehehehe...cubala
Ulam-ulaman:
sedikit taugeh
timun
kacang panjang
kubis
daun kesum
1 batang bunga kantan(susahnya nk dpt kat Tawau)
Caranya:
Potong jer halus2 manis dan gaulkan sekali
Boleh dimakan bersama ikan goreng tepung,ayam goreng dan daging panggang dan telur masin...sedapnya, kalo kat kg ni pg2 x yah la susah2 nk masak, beli jer kat kedai rm1.00 jer sebungkus dpt mkn dgn daging panggang...petang2 pulak ade nasi dagang...rm1.00 jer murah kan org kg jual...tu la rezeki yg berkat ...eheehehe...ok selamat mencuba..